Pagi tadi telah dipukat oleh Ayub 9W2VDN semasa memandu pulang di Putrajaya. Baru selasai memasukkan duit atas bayaran Igate 9W2DYA-2 di Bank Hong Leong Islamic Bank di Presint 16. Ayub memantau di aprs terlihat 9W2DYA-6 bergerak di Presint 16. Terus buat panggilan dan mengajak menguji pancar radio HF oleh Helmi 9M2AHF. Kemudian beliau kongsi lokasi dan terus berpatah balik ke lokasi yang telah ditetapkan.
Lokasinya adalah taman berdekatan Dataran Gemilang. Taman tersebut menghadap Marina Putrajaya. Sambil menunggu Helmi 9M2AHF, kami berbual tentang pelbagai perkara tentang minat hobi radio yang sama.
Lokasi ini pernah melihat Ayub 9W2VDN membuat komunikasi menggunakan satelit suatu ketika dahulu. Maka, kali ini sesuailah juga untuk menguji radio High Frequency (HF) pula.
Setelah Helmi 9M2AHF tiba dengan motorsikalnya bersalaman di daratan dan salam contact kenal. Kemudian Ayub 9W2VDN membawa lokasi yang sesuai untuk memancar. Kawasan tempat letak kereta tersebut ada kerja-kerja memesin rumput sedang berjalan. Penghujung tali antena end fed menggunakan pancang pemutar skru sahaja kerana tali penyambung agak pendek.
Wayar disangkut pada dahan kayu dihadapan. End fed pada bekas gulungan yang berwarna hijau itu mencecah lantai. Paling elok aras dada ketinggiannya.Oleh kerana tali tidak panjang terpaksa buat pancang ke tanah dan kecerunan landai dari dahan pokok tersebut.
Jarak dekat end fed yang berwarna hitam yang ada kod QR itu. Kabel coaxial disambung pada connector end fed tersebut bagi menyambung ke radio pula. Antena paling mudah untuk radio HF.
Kabel coaxial telah disambung dengan end fed yang tergantung. Wayar hitam sebelah kanan dan tali penyambung di sebelah kiri. Kabel coaxial RG58 telah digunakan bagi menyambung ke radio.
Radio diletakkan di atas simen dekat palang tangga sahaja. Tempat yang mudah untuk menguji pancar radio. Warna kuning pada radio tersebut bracket untuk mudah diletakkan pada permukaan umpama kaki. Maka set radio itu tidaklah diletak atas permukaan terus. Macam ada alas tidak menyentuh terus ke lantai radio tersebut. Kena ada lapik barulah mudah untuk mengendalikan radio tersebut.
Radio ini menggunakan kuasa bateri 12 volt yang berwarna biru tersebut. Mudah bagi aktiviti portable boleh dibawa ke mana-mana.
Kedudukan radio dan antena menghadap Tasik Putrajaya. Lokasi sebegini turut memainkan peranan bagi mendapat isyarat yang baik.
Frekuensi ditala pada 7.130MHz sudah ada stesen sedang QSO. Meriah frekuensi tersebut pada pagi ini. Ayub 9W2VDN merakam aktiviti perbualan pada frekuensi tersebut untuk dikongsi dalam group whatsapp QRP.
Pandangan dari belakang kabel disambungkan ke radio. Bateri yang bersalut warna biru dengan kuasa 12 volt. Mudah dibawa dan disambungkan ke radio. Bolehlah digunakan sekadar menguji pancar sementara isyarat dapat diterima dengan baik. Mikrofon atau push to talk untuk berbercakap ketika berkomunikasi di radio tersebut.
Taun punya radio sedang menala lagi radio bagi mendapat isyarat dengan lebih baik dan jelas. Radio secanggih ini sememang suara dari pembesar suaranya sangat sedap didengari tanpa ada bunyi noise yang agak ketara. Alah membeli menang memakai. Kena ada tabung ayam dulu barulah boleh memilikinya.
Sama mana-mana hobipun sanggup berhabis duit untuk mendapatkan yang terbaik bagi mendapat kepuasan. Kepuasan datang apabila berjaya memiliki apa yang didamkan selama ini. Hanya orang yang minat sahaja tahu bagaimana perasaan berjaya mencapai sesuatu hajat. Lagi-lagi jikalau barang itu sukar untuk dicari dan dimiliki.
Setelah dapat pastikan ia berbaloi dengan nilai yang dibayar. Pastikan mutu dan kualiti setanding dengan harga yang ditawarkan. Jikalau rosak atau tidak berfungsi lebih baik dihantar semula bagi mendapatkan ganti yang lebih baik lagi.
Pasang sahaja radio terus kedengaran audio di corong radio. Ada dua stesen sedang QSO ketika itu pada frekuensi 7.130 MHz.
Mula mendengar sahaja terlebih dahulu stesen yang rancak berbual di jalur. Setelah beberapa ketika barulah Helmi 9M2AHF masuk bergabung. Sebelum itu Aji Rahim 9M2ART turut ingin bergabung dari Tumpat.
Kemudian audio Helmi 9M2AHF disambung oleh Aji Rahim 9M2ART. Beliaupun memaklumkan dalam jalur sesi uji pancar dari Putrajaya bersama dua stesen yang lain iaitu Ayub 9W2VDN dan Penulis 9W2DYA. Aji Rahim 9M2ART turut memanggil Ayub 9W2VDN masuk ke jalur.
Ayub 9W2VDN menerangkan bahawa menggunakan radas yang sama bersama Helmi 9M2AHF. Penerimaan audio dari Tumpat masih sama seperti awal QSO.
Kemudian kembali semula kepada dua stesen yang asal di jalur iaitu Tok Bai 9W2LBY di Batu Pahat dan Nizam 9W2ZTB di Batu Feringghi. Terima kedua stesen juga baik readability 5/9 crystal clear. Laporan dari Batu Feringghi audio kurang mantap terima dari Putrajaya.
Ada satu stesen DX dari seberang jauh nun selatan Sumatera iaitu Palembang. Terima audio Syehan YC4FHB sangat baik readability 5/9 juga. Ke semua stesen di jalur dapat didengari dengan baik sekali. Cuma penerimaan dari Putrajaya ini berbeza mengikut lokasi masing-masing. Satu lagi stesen big gun Cg Hairie 9M2GET di Arau turut menerima audio 5/9 crystal clear.
Stesen terakhir sebelum mengundur diri ialah Paz 9W2PAZ sedang portable di Kuala Kangsar. Berkomunikasi dengan Ayub 9W2VDN yang sering masuk jalur VHF. Maka, di mode HF juga Ayub 9W2VDN turut dikenali ramai.
Pada dahan pokok ini wayar antena end fed disangkut bagi mendapat rentangan sudut yang tepat. Namun, tali penyambung agak pendek menyebabkan end fed hampir mencecah tanah.
Pemanadangan kedudukan wayar ke arah radio di hujung sana. Cuaca pagi itu sangat baik dan cerah. Bulan Ramadan tetap ada juga orang beriadah. Oleh kerana kurang pengunjung bolehlah antena disangkut merentangi antara pokok.
Aksi Helmi 9M2AHF sedang berkomunikasi di jalur meneruskan perbualan. Menghampiri 10 pagi isyarat semakin menurun. Penerimaan dari stesen lagi kurang mantap. Maka, stesen QRP Putrajaya terpaksa signing off.
Walaupun aktiviti uji pancar ini sebentar sahaja, tetapi ia penuh sangat bermakna. Peluang merasai uji pancar seperti ini jarang dapat disertai. Terima kasih kedua stesen Helmi 9M2AHF dan Ayub 9W2VDN berkongsi ilmu dan pengalaman dalam mengendalikan radio HF.
Sesungguhnya setiap mode radio mempunyai cabarannya tersendiri. Setiap kali menguji pancar pasti memberi satu pengalaman dan ilmu pengetahuan yang baru. Sebab itulah perlu selalu mengaktifkan frekuensi yang diperuntukkan agar tidak disalah guna oleh pihak lain.
Terima kasih juga kepada pihak MARTS atas cadangan penggunaan band 40m kepada pemegang lesen B. Akhirnya pihak SKMM telah membenarkan pemegang Lesen B memancar di band 40m. Maka meriahlah band 40m kini.
Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya











































.jpg)


.jpg)



.jpg)























